Renungan di pagi Jumaat


E-mail this post



Remember me (?)



All personal information that you provide here will be governed by the Privacy Policy of Blogger.com. More...



Aku dapat cerita nih from a kawan of mine..menarik..so aku nak share ngan korang.

<---- kisah teladan ----->

Assalamualaikum warahmatullah
Bayangkan apabila Rasulullah SAW dengan seizin
Allah, tiba-tiba muncul mengetuk rumah kita...
Beliau datang dengan tersenyum dan muka bersih dimuka
pintu rumah kita..
Apa yang akan kita lakukan?
Mestinya kita akan sangat berbahagia,
memeluk beliau erat-erat, dan lantas
mempersilakan beliau masuk ke ruang tamu kita.
Kemudian kita tentunya akan meminta dengan
sangat agar Rasulullah SAW sudi menginap beberapa hari di
rumah kita. Beliau tentu tersenyum.....
Tapi barangkali kita meminta pula Rasulullah SAW menunggu
sebentar di depan pintu kerana kita teringat
video CD Rated 18xxx yang ada di ruang tengah, dan kita tergesa-gesa
memindahkan dahulu CD tersebut ke dalam.
Beliau tentu tetap tersenyum.....
Atau barangkali,
kita teringat akan lukisan wanita separuh telanjang
yang kita gantung diruang tamu kita,
sehingga kita terpaksa juga memindahkannya ke belakang
secara tergesa-gesa..
Barangkali kita akan memindahkan lafaz Allah
dan Muhammad yang ada diruang samping dan
meletakkannya di ruang tamu.
Beliau tentu tersenyum.....
Bagaimana bila Rasulullah SAW bersedia menginap dirumah kita?
Barangkali kita teringat bahawa anak kita lebih
hafal lagu-lagu barat daripada menghafal selawat kepada Nabi.
Barangkali kita menjadi malu bahawa anak-anak
tidak mengetahui sedikitpun sejarah Rasulullah
SAW, kerana kita lupa dan lalai mengajari anak-anak kita.

Beliau tentu tersenyum.....
Barangkali kita jadi malu bahawa anak-anak kita
tidak mengetahui satupun nama keluarga
Rasulullah SAW dan sahabatnya,
tetapi hafal di luar kepala mengenai anggota
Power Rangers atau Penyu Ninja.
Barangkali kita terpaksa menukar satu kamar
mandi menjadi ruang solat.
Barangkali kita teringat bahawa perempuan
dirumah kita tidak memiliki koleksi pakaian yang
sesuai untuk berhadapan dengan Rasulullah SAW.
Beliau tentu tersenyum.....

Belum lagi koleksi buku-buku kita dan anak-anak kita..
Belum lagi koleksi kaset/CD kita dan anak-anak kita..
Belum lagi koleksi karaoke kita dan anak-anak kita..
Kemanakah kita harus menyingkirkan semua
koleksi tersebut demi menghormati junjungan kita?
Barangkali kita menjadi malu diketahui junjungan kita
bahawa kita tidak ke masjid meskipun azan berbunyi.
Beliau tentu tersenyum.....

Barangkali kita menjadi malu kerana pada saat
azan Maghrib, keluarga kita malah sibuk di depan TV.
Barangkali kita menjadi malu kerana kita
menghabiskan hampir seluruh waktu kita untuk
mencari kesenangan duniawi.
Barangkali kita menjadi malu kerana keluarga kita
tidak pernah menjalankan solat sunat.Barangkali
kita menjadi malu kerana keluarga
kita jarang membaca Al-Quran.
Barangkali kita menjadi malu bahawa kita tidak
mengenal tetangga-tetangga kita.
Beliau tentu tersenyum.....

Barangkali kita menjadi malu jika Rasulullah
SAW menanyakan kepada kita siapa nama tukang
sampah yang setiap hari lewat di depan rumah kita.
Barangkali kita menjadi malu jika Rasulullah
bertanya tentang nama dan alamat tukang penjaga
masjid di tempat kita.
Betapa senyum beliau masih ada di situ.....
Bayangkan apabila Rasulullah SAW tiba-tiba
muncul di depan rumah kita...
Apa yang akan kita lakukan?
Masihkan kita memeluk junjungan kita dan
mempersilakan beliau masuk dan menginap di rumah
kita? Atau akhirnya dengan berat hati kita akan
menolak beliau berkunjung ke rumah?


0 Responses to “Renungan di pagi Jumaat”

Leave a Reply

      Convert to boldConvert to italicConvert to link

 



Web blog

Previous posts

Photos@Blog

Links


ATOM 0.3

Powered by Blogger

make money online blogger templates



rakugaki place ~  (*^ー^)b is powered by Blogspot and Gecko & Fly.
No part of the content or the blog may be reproduced without prior written permission.
Learn all about Blogging for Money at Gecko&Fly