hohoho..Ape tetiba durian nih..saje je sbb terasa nak makan durian. Ni gambor time kat umah aku masa cuti haru tu hari..hahaha durian educated. Lama tak isi berita terkini kat sini. Lagi 2 minggu nak cuti summer. 28hb actually. Hmm apa yang best pun happened 2-3 menjak nih..takda apa..Cuma cuaca tak menentu la kat Jepun nih. Aku rasa panas kali nih tak sama cam tahun lepas. Nagano yang dikatakan area sejuk nih pun bleh naik sampai 37.9celcius tengah minggu lepas. Dalam panas2 tu ada satu tempat kat Nagano bleh ujan air batu. Subhanallah..first time aku tengok kat TV. Yelah kat Malaysia alhamdulillah takde la sgt jadi cuaca yang pelik2 nih. Teringat pulak cite Day After Tomorrow..hohoo. Allah Maha Besar. Nih semua nih bukti la nih. Cuma kita je tak sedar2 diri lagi. Lupa pada Dia.
Tu hari sembang2 ngan Bare pasal nak pasal kumitate komputer. Dok bincang2 nak beli casing camne..motherboard sume. Perancangan aku sama la..cuma nak tunggu duit je masuk. Memory dah beli dah 1Gb punyer. Skarang tengah tgk casing yang aloy kat dalam dia..so ringan sket <-- kata Bare sbb dia punya aloy so ringan. Pastu yg lain tu AMD64 3.0GHz(hehehe), CDR/RW DVD R/RW, pastu RADEON 9800pro(?), Hard disk aku nak 80gb dulu kut..nanti bleh tambah, monitor tgh nayamu nak crt ke nak tft. Kalau ada duit, nak ditambah ngan cooler master nyer kasi sejuk tu..pastu audigy 2. Tp tu tunggu duit baito kut. InsyaAllah. Hmm tak sabar nak buat pasokon. Sbb notebook aku nih berat sket sbb ada solidworks 3D nih. Pakai memory byk sgt. Lagipun hardisk 40gb nih dah nak genkai dengar mp3 yg banyak pastu movie2 ngan anime2 aku lagi. Cepat la scholar masuk (hujung bulan la sabor sket)..hohooho.
Saikin asyik jadi kutu malam je..sampai tido pun xpuas..dah2 lepas nih aku nak kurangkan kuar sampai pagi bute..nasib baik tu hari kohai aku(aku respek dia nih) ajak solat skali, mula ingat nak solat dalam bangunan tu..tapi takde tempat yang bleh kaber. Kata tempat game ramai la orang. Aku yg dah biasa solat kat parking lot time ryoko dulu, So buat je la kat parking lot. Orang pun takde senang cite..kalo idak melebur je subuh aku..sbb main punya pasal. Aku terus terang aa..tak biasa kalo tak solat. Bukan nak kata aku alim..tapi kalau takde halangan..aku nak solat. Kalau tertido ke demam teruk tu lain la. Kalau dah solat tu..aku tak kisah nak buat apa pun. happy je nak main apa pun. Sebab benda yang kena buat dah buat..so senang hati. Hmm..udoh la..dok bebel je aku. nanti orang cakap.."wei ko budak kecik dok diam2"..tapi dalam hati aku cakap.."sukatilah ni blog aku..aku nak tulis aku punye suka la..hoho kang cakap direct kang terasa plak, lebey baik aku bebel kat blog"( ye saya paham )har har har.
<--sekadar renungan hari nih-->
Nabi larang memaki angin
DIRIWAYATKAN daripada Abu Hurairah katanya: “Aku mendengar Rasulullah bersabda: Angin adalah sebahagian daripada rahmat Allah. Kadang kala angin membawa rahmat dan kadang kala angin membawa bencana.
“Apabila kamu sekalian melihat angin, maka janganlah kamu mencacinya, mohonlah kepada Allah akan kebaikan angin itu dan mohonlah perlindungan diri kepada Allah daripada kejahatan angin itu.” (Hadis riwayat Abu Daud).
Larangan memaki angin dan fenomena alam lain kerana semuanya berjalan mengikut perintah Allah dalam ruang lingkup masing-masing.
Kita hendaklah meminta perlindungan dan merendah diri kepada Allah ketika menyaksikan fenomena alam yang buruk dan menakutkan.
Ketika menghadapi bencana alam, seperti ribut atau puting beliung, kita digalakkan supaya berdoa dan berwirid supaya dijauhi daripada seberang bencana.
Jelasnya, memaki dan mencela adalah bukan dari akhlak seorang Muslim walaupun terhadap makhluk lain selain manusia.
Terasa aku..sbb bile panas je bebel..bila hujan pun bebel..lepas ni kena kurang2 kan membebel..gambarimasu.
Lupa plak..baru tgk Harry Potter kelmarin..Best. Dapat plak download gambar lawo giler..so puas hati la aku..Expectorr Petroodaaaa!!! hahahhahhar...nak nengok spiderman plakkkk..okaylah panjang lebor2 plak..ramli and out
0 Responses to “durian educated”
Leave a Reply