Nagano, 24hb - Ahli2 nagano telah mengadakan ekspidisi ke Osaka utk bermain2 di Universal Studios Japan kat sana. 3 bijik kete skyline telah melibatkan diri secara sengaja dengan membawa pada mulanya 10orang ketika bertolak dari Nagano. Dalam masa yang sama, 3 orang lagi iaitu Teso, Olleh ngan Ben bertolak secara solo dari Tokyo dan Toyama. Pengembaraan bermula pada pukul 2.00 pagi waktu Jepun. Semua kete mula dengan berkumpul di Kaikan Nagano..utk makan karipap 2-3 ketul sebelum menuju ke stesen minyak utk mengisi minyak secara Full Tank sbb nak gi jauh. Lepas tu melepak di 7-eleven utk sarapan terlalu awal pagi..sebelum betul2 memulakan perjalanan.
Agak2 dah kenyang perut senang hati..Pukul 3.30am secara rasmi nya 3buah kete menuju ke chuo kosoku dan memecut tak ingat donia menuju ke osaka. Dalam kol 5.30am kitorang stop utk kali pertama sbb nak solat subuh. Benti dalam setengah jam gitu..pastu sambung balik..Punya lah tak ingat dunia berdesap..sampai mencecah 150km/h...kete adi tak tau bape..sbb cam berdezass tak ingat donia. Agak2 kol 8.30pg camtu..kaki dah lenguh tak ingat..co-pilot2 sume dah tido tak ingat..driver pun dah lemau..kitorang benti kat somewhere near kyoto nyer Rest Area.
Beberapa jam lepas tu kuar kat suita, duit tol 9000yen..pastu menuju ke Osaka. Dengan jem tak ingat plak..ketiga2 kete skyline putih dengan gagah menuju ke osaka. Sambil2 tu sempat mencapub apabila di hon tanpa segan silu oleh kerete2 lain. Kul 11am camtu sampai Osaka..dan bermulalah proses pencarian hotel utk tinggal malam tu. Hampir setengah hari mencari hotel..last2 kat kol 8mlm camtu baru jumpa satu hotel kat Shin Osaka punya Eki. Tu pun sambil tunggu Olleh, Teso ngan Ben yg sampai.
Besoknyer..kol 7am dah bertolak ke Universal Studios. Sampai sana kol 8.30am..pastu breakfast apa sume..masuk la kedalam kol 9.30am. Time tu orang dah ramai dah dalam tu..biasalah Nihonjin2 nih takde life..ahahhaa. First yang dituju semestinya Ride Spiderman! Sebab tu ride yg paling baru kat situ. Open sempena Spiderman 2. Gempak tak ingat..pastu Back To the Future, pastu Backdraft, pastu Terminator 2, pastu Shrek 4D, pastu Jurassic Park the Ride pastu last skali Jaws....Waaaa ape yg aku bleh katakan...saikooooo!!!! takmo cite pasal dalam2 tu kang tak best plak bagi orang yg tak pegi lagi..spoiler plak..ehehe..korang kena pi sendiri..baru tau best ke tak..
My first visit to Hard Rock!!!
Aaa panjang2 plak nih..dah panjang dah pun. Byk cite lagi sebenarnyer nih..berdezassss!..terkelentat nak tulis..Toriaizu sampai sini dulu..nanti2 aku sambung plak..sbb ada cite pi Kyoto plak..hahaha..calos
0 Responses to “trip USJ part 1”
Leave a Reply