Kawan aku mail nih....byk makna..just wanna share. Kalau ada silap ke info nih..sila gitau aku..Kengkadang ada silap xperasan.
Tanda2 kecil Hari Kiamat akan menjelma...
Insaflah cucu Adam..
Wahai kawan2 ku tersayang...Bersyukurlah hari ini kita ditakdirkan lebih kaya dari semalam .....amin amin amin. Sebelum tido cuba fikir2kan berapa banyak tanda2 dibawah telah
menghampiri kita.... Na'uzubbillah.
Antara TANDA2 KIAMAT KECIL berdasarkan
hadith:
1)
Penaklukan Baitulmuqaddis. Dari Auf b. Malik r.a. katanya, Rasulullah s.a.w telah bersabda: "Aku menghitung 6 perkara menjelang hari kiamat." Baginda menyebutkan salah 1
di antaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis." - Sahih Bukhari
~dah jadi dah..
2)
Zina bermaharajalela."Dan tinggallah manusia2 yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan
datang." - Sahih Muslim
~mmg betul pon..
3)
Bermaharajalela alat muzik. "Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan & perubahan muka." Ada yang bertanya kepada Rasulullah; "Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?"
Baginda menjawab; "Apabila telah bermaharajalela bunyian (muzik) & penyanyi2 wanita" - Ibnu Majah
~AF,AF2,M'sian Idol..
4)
Menghias masjid & membanggakannya. "Di antara tanda2 telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegahan dalam mendirikan masjid" - Riwayat Nasai.
~Banyak masjid yg lawa2 akhir2 nih kan?
5)
Munculnya kekejian, memutuskan kerabat & hubungan dengan tetangga tidak baik. "Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan & perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim & sikap yang buruk dalam tetangga." - Riwayat Ahmad dan Hakim.
~ada anak tak ngaku ada bapak
6)
Ramai orang soleh meninggal dunia. "Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang2 yang baik & ahli agama di muka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang2 yang hina & buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak
mengingkari kemungkaran" - Riwayat Ahmad
~bole kira laa yng still alive..
7)
Orang yang hina mendapat kedudukan terhormat. "Di antara tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka' bin Luka' (orang yang bodoh & hina). Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh 2 orang mulia" - Riwayat Thabrani
~george bush..
8)
Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja. "Sesungguhnya di antara tanda2 telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain
kecuali yang dikenalnya saja." - Riwayat Ahmad
~jiran pon tak bertegur..
9)
Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang. Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. "Di antara tanda2 telah hari kiamat ialah akan muncul pakaian2 wanita & apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang".
~tube,spaghetti...pendek kata xcukup kain la..
10)
Bulan sabit kelihatan besar. "Di antara tanda2 telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung (membesarnya) bulan sabit." - Riwayat Thabrani
~cuba gi tgk..
11)
Banyak dusta & tidak tepat dalam menyampaikan berita. "Pada akhir zaman akan muncul pembohong2 besar yang datang kepadamu dengan membawa berita2 yang belum pernah kamu dengar & belumpernah didengar oleh bapa2 kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu & memfitnahmu" - Sahih Muslim
~utusan,metro,harakah..
12)
Negara Arab menjadi padang rumput & sungai. "Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput & sungai2" - Sahih Muslim
~Dubai dah turun salji
Rasulullah s.a.w. bersabda, "Sampaikanlah pesanku biarpun 1 ayat..."
0 Responses to “Betul jugak kan?”
Leave a Reply