1-Niat :
Wajib berniat didalam puasa. Kewajipannya sebelum
terbit fajar, Nabi saw bersabda :
"Barangsiapa yang tidak menetapkan untuk berpuasa
sebelum fajar, maka tiadalah puasa baginya"
[Shahih Abi Daud]
Sabda Nabi saw didalam hadith lain :
"Barangsiapa yang tidak berniat puasa pada
malamnya maka tiadalah puasa baginya"
[Sahih al-Nasaa'i]
Niat tempatnya dihati, melafaznya tidaklah datang
dari nabi saw, dan tiadalah mana-mana para sahabat
Nabi ra. melakukannya.
[Komentar : Umumnya, masyarakat Islam masih
bergantung kepada Lafaz Niat : "Nawaitu Sauma
ghadin..." dan bukannya azam untuk melakukan puasa
pada keesokkan harinya. Yang menjadi rukun adalah
niat yang berbentuk azam]
2- Waktu berpuasa :
Firman Allah swt : "Makan dan minumlah sehingga
jelas kepada kamu benang (garis) putih dari benang
(garis) hitam, iaitu fajar"
[surah al-Baqarah : 187]
* Fajar Kazib - padanya tidak dibenarkan solat
fajar, tidak diharamkan makan dan minum. Ia
merupakan cahaya putih terang yang berbentuk segi
empat (komentar : seperti tiang cahaya putih yang
menegak selama 20min sebelum fajar sebenar/solat
fajar).
* Fajar Saadiq - padanya diharamkan makan bagi
yang berpuasa, dibenarkan solat fajar, kelihatan
segi empat merah diatas puncak gunung ganang.
(komentar : garis putih bertebaran secara mendatar).
Apabila malam tiba dari arah timur dan berlalu
dari arah barat, dan matahari terbenam, maka boleh
berbuka puasa. Nabi saw bersabda :
"Apabila datangnya malam dari sini dan berlalunya
siang dari sini, dan terbenamnya matahari, maka
berbukalah puasa"
[Hadith Mutafaqa'alaih].
Perintah ini bermula apabila bebola matahari
hilang dan jika zahirnya zahir.
3-Sahur :
Sabda Nabi saw :
"Perbezaan puasa diantara puasa kita dan puasa
ahli kitab ialah makan sahur:"
[Hadith Riwayat Muslim]
Bersabda Nabi saw didalam hadith yang lain :
"Barakah ada didalam 3 perkara : Jemaah, bubur dan
sahur"
[Hadith Riwayat al-Tabarani didalam al-Kabir]
Sahur merupakan berkat yang zahir, tidak harus
ditinggalkan, kerana patuh kepada Sunnah. Sahur
memberi kekuatan bagi yang berpuasa. Ia merupakan
makanan yang diberkati sebagaimana Nabi saw
menyebut namanya :
"Anda telah sampai kepada makanan yang diberkati"
[Sahih Abu Daud]
Sabda Nabi saw lagi :
"Makan Sahur adalah berkat, maka janganlah kamu
meninggalkannya, walaupun salah seorang dari muka
yang meminum seteguk air, kerana sesungguhnya
Malaikat berselawat keatas orang2 yang bersahur"
[Hadith Hasan riwayat Imam Ahmad]
Sabda Nabi saw lagi : "Nikmat Sahur orang beriman
adalah kurma"
[Sahih Riwayat Abi Daud].
Dan telah menjadi petunjuk Nabi saw agar
melewatkan sahur sebaik2 sebelum subuh/fajar.
[Komentar: waktu Imsak yang diamalkan seperti
10min sebelum masuk waktu fajar bukanlah diamalkan
oleh para2 salaf. Ibn Kathir meriwayatkan bahawa
kebanyakkan ulama Salaf bertoleransi didalam bab
makan sahur sehingga hampir fajar. Begitu juga
dengan mereka yang sedang meneguk air ketika azan
berkumandang, adalah sunnah baginya menyelesaikan
hajatnya dan bukan meludahkan air.
Sabda Nabi saw : "Apabila salah seorang dari kamu
mendengar azan sementara piring sudah ditangan,
janganlah piring itu diletakkan sehingga ia
menunaikan hajatnya"
[Hadith Riwayat al-Hakim]
4-Apa yang orang berpuasa perlu tinggalkan :
* Menipu : Nabi saw bersabda :
"Barangsiapa yang tidak meninggalkan menipu dan
beramal dengannya, maka tidaklah Allah swt
berhajat untuknya meninggalkan makan dan minumnya"
[Hadith Riwayat al-Bukhari].
* Percakapan yang karut dan kotor. Nabi saw bersabda:
"Bukanlah dari itu dari makan dan minum, namum
puasa adalah[menahan diri] dari bercakap kosong
dan lucah, maka jika seseorang memaki atau
menyakitimu, maka katakan : sesungguh aku sedang
berpuasa"
[Hadith Sahih Ibn Khuzaimahj].
5- Apa yang dibenarkan didalam berpuasa :
* Orang berpuasa yang masih berjunub : dari
'Aisyah ra :
"Telah masuk fajar dan baginda masih berjunub
dengan isterinya, kemudian dia mandi dan berpuasa"
[Hadith Muttafaq a'alaih].
* Orang berpuasa yang bersiwak :
Nabi saw bersabda: "Jika tidak menyusahkan umatku, nescaya aku
memerintahkan mereka bersiwak setiap kali
berwudhu'" [Hadith Muttafaq a'alaih]
Nabi saw tidak mengkhaskan orang berpuasa dengan
yang lain, dan ini juga satu isyarat bahawa orang
yang berpuasa boleh bersiwak pada setiap kali
wudhu'dan setiap kali solat, pada setiap waktu
samada sebelum tergelincir atau selepasnya.
* Berkumur2 dan memasukkan air melalui hidung :
Nabi saw berkumur-kumur dan memasukkan air kedalam
hidung dan ketika itu dia berpuasa, akan tetapi
dia tidak melakukannya secara melampau-lampau.
Sabda Nabi saw :
"Berlampau2 didalam memasukkan air kedalam hidung
melainkan ia sedang berpuasa"
[hadith Shahih Abu Daud]
* Orang berpuasa bercumbu dan bercium : Dari
'Aisyah ra. berkata :
"Rasulullah saw pernah mencium dan dia sedang
berpuasa, dia pernah bercumbu dan dia berpuasa,
akan tetapi bagindalah orang yang kuat menahan
syahwatnya dari kamu sekalian"
[Muttafaq 'alaih]
Baginda tidak menyukai dilakukan keatas orang
muda, kecuali yang tua. Baginda bersabda :
"Sesungguh orang tua mampu menahan diri mereka
sendiri"
[Hadith Sahih Riwayat Ahmad]
* Pemeriksaan dan mengambil darah - jarum tersebut
tidak bermaksud makanan, ia tidak membatalkan
puasa, kerana ia bukanlah makanan dan tidak sampai
kepada jantung.
* Menampal gigi (uprooting) - tidak membatalkan puasa
* Merasai makanan : hadnya tidak sampai kepada
halkum, dan begitu juga dengan penggunaan ubat
gigi. Dari Abbas ra. berkata :
"'Tidak mengapa dia merasai (taste) cuka atau
apa2, selagi ia tidak memasuki halkum, dan dia
masih berpuasa"
[Riwayat al-Bukhari]
* Memakai celak dan ubat mata (drops) yang
memasuki mata - perkara
ini tidak membatalkan puasa, samada menjumpai
makanan di tekak, atau tidak menjumpainya. Berkata
Imam al-Bukhari didalam sahihnya :
"Tidak tidak melihat apa2 masalah bagi Anas, hasan
dan Ibrahim dengan bercelak memcacatkan orang
berpuasa"
[Komentar : Perkara2 yang dianggap boleh
membatalkan puasa seperti korek hidung, korek
telinga, pakai eye drop, ambil darah, sembelit dan
kesemuanya bukanlah merupakan perkara2 yang
membatalkan puasa.]
6- Berbuka Puasa :
* Mempercepatkan berbuka puasa merupakan sunnah
Nabi saw dan juga larangan kaum Yahudi dan
Nasrani, mereka melewat2kannya, mereka
melambat-lambatkan waktunya. Nabi saw bersabda :
"Sentiasa manusia itu berada didalam kebaikkan
selama dia mendahulukan berbuka puasa"
[Hadith Muttafaq 'alaih]
* Berbuka sebelum Solat Maghrib : dari Anas ra.
berkata : "Rasulullah saw pernah berbuka sebelum
bersolat' [Hadith hasan riwayat Abu Daud]
Apa yang baginda makan sewaktu berbuka? Dari Anas
bin Malik ra. berkata :
"Nabi saw berbuka dengan Rutbaat (kurma matang)
sebelum solat, dan jika tidak ada kurma matang
maka beberapa biji kurma biasa, dan jika tiada
kurma biasa, cukuplah dengan beberapa teguk air"
[Hadith Sahih Abi Daud]
* Apa yang baginda ucapkan ketika berpuasa? Nabi
saw berkata : "bagi orang yang berbuka, do'anya
tidak akan tertolak"
[Hadith Sahih Ibn Majah]
Nabi saw semasa berbuka puasa berdo'a : "Telah
pergi kehausan dan telah membasahi urat-urat, dan
pasti ganjaran dengan kehendak Allah"
[Hadith Sahih Abi Daud]
[Komentar : Adalah tidak betul perbuatan seseorang
yang melewatkan berbuka disebabkan baginya azan
maghrib masih berkumandang. Begitu juga dengan
do'a berbuka puasa yang masyhur dikalangan kita
"Allahumma laka Sumtu ....." yang sebenarnya
status hadith tersebut adalah dhaif. Hadith Sahih
bagi menggantikan do'a ini adalah seperti diatas
dan transliterasinya adalah : "Dhahaba al-zama' wa
abtalat al-`urooq wa thabata al-ajr in sha Allaah"]
7-Berpuasa tetapi meninggalkan solat :
Barangsiapa yang meninggalkan solat, maka dia
telah meninggalkan satu rukun penting didalam
rukun2 Islam selepas Tauhid. Puasa tersebut tidak
bermunafaat apa2 selama mana dia meninggalkan
solat. kerana sesungguhnya solat itu tiang agama
dan ia bergantung kepadanya. Meninggalkan solat
telah dihukumkan kafir diatasnya. Orang kafir
tidak diterima amalannya sebagaimana hadith Nabi saw:
"Sempadan yang membezakan diantara kita dan mereka
(orang kafir) adalah Solat, barangsiapa yang
meninggalkan solat maka dia telah kafir"
[Hadith Sahih Riwayat Imam Ahmad]
0 Responses to “adab berpuasa...(panjang sket..tapi elok baca)”
Leave a Reply