yang aneh-aneh


E-mail this post



Remember me (?)



All personal information that you provide here will be governed by the Privacy Policy of Blogger.com. More...





lately, yg mana betul yg mana salah dah susah nak dibezakan. semua orang dah mencampur-adukkan cara hidup..secara tidak lansung, menyebabkan orang tidak menghormati agama Allah. Mungkin remeh bg sesetengah orang. Tapi sebelum terlambat, marilah kita sedar dan nasihat menasihati sesama kita.

aku terbaca dr blog seorang hamba Allah

YANG ANEH-ANEH
OLEH FAISAL TEHRANI

ANEH! Begitu kata kawan saya Abdullah Komurcu
yang sudah berada di Malaysia dalam setahun.
Yang aneh-aneh terlalu banyak di Malaysia,
tambahnya lagi. Beliau merujuk kepada banyak
perkara yang sebetulnya membingungkan, itu kata
beliau. Juga kata hati saya, tetapi kerana ia terlalu
lazim di Malaysia maka ia tidak lagi jadi
membingungkan meskipun ia adalah sebetulnya
sesuatu yang amat mengelirukan. Jika kita kata ini
sesuatu yang mengelirukan kita pula yang dituduh
keliru. Maaf artikel ini lebih mengata pembaca
beragama Islam. Ini bulan raya, lagi pun agama itu
nasihat.


Contoh? Begini. Kawan saya itu merujuk berita
seorang artis menunaikan umrah kemudian pulang
masih menyanyi, masih mengenakan pakaian
seksi dan macam-macam lagilah. Bila orang tanya
dia balas semula dengan jawapan, ini antara saya
dengan Allah. Eh-eh bukan di dalam Islam antara
Allah dengan kita ada kaitan dengan lain-lain
manusia juga?


Kemudian kata sahabat saya itu, lebih aneh dia
melihat remaja atau gadis bertudung kemudian
mengenakan t-shirt lengan pendek. Di mana
konsep menutup auratnya? Atau di sekolah
bertudung labuh kemudian pulang sekolah tidak
sabar-sabar lagi menayangkan rambut merah
blonde yang baru diwarnakan.


Atau, contoh lain, gadis bertudung kelihatan
sopan, menegurnya di dalam tren dengan penuh
manja dan menawarkan saya boleh bawa pergi
jalan-jalan di Genting. Bila saya tiba dan sergah
gadis itu kerana perangai buruknya, dia marah
pula pada saya. I just want to be friendly.


Eh-eh ini Malaysiakah? Bukankah ini negara
Islam? Atau bukankah Turki yang sepatutnya lebih
teruk kerana mereka dilanda fahaman sekularisme
lebih awal dari kita? Sahabat saya itu jadi
lebih terkejut kerbau melihat ada artis wanita
bertudung sempurna kemudian menyanyi lagu
seperti pop. Ini aneh. Katanya.
Ini Islam cara Malaysia, kita berbangga kita
terbuka. Tukas seorang teman saya, orang
tempatan yang rasa bertanggungjawab
mempertahankan Malaysia.
Dan apa pendirian saya? Kenapa
mempertahankan dan melindungi perkara yang
nyata salah?


Pengalaman saya di Turki yang paling besar ialah
menyedari bahawa hak dan batil jelas dan ketara
terpisah. Kalau sudah mungkar takkan bercampur
dengan makruf. Tak mungkin bertemu. Tutup aurat
cara separuh seperti yang diamalkan di Malaysia
bukan kebiasaan di Turki dan bukan kebiasaan
wanita dengan penuh mesra menawarkan mahu
bersiar-siar bersama. Tak terjadi wanita bertudung
bujang keluar berjalan iseng-iseng dengan teman
lelaki meskipun di dalam kumpulan. Tak ada lagu
pop dengan lirik Islami. Atau tak mungkin artis pop
seperti Guben Ergen atau Emre Altug menunaikan
umrah kemudian hebohkan pada semua peminat
dan media, baru pulang dari umrah dan hati sudah
tenang asyik teringat kaabah tetapi tetap melalak
sampai nampak anak tekak dan tetap tayang
pusat.
Eleh biasalah. Kolot betul Faisal Tehrani ini sejak
dua tiga bulan inikan. Ikut ajaran sesatlah agaknya
si Faisal sekarang.


Eh-eh apa dah jadi dengan budak-budak kita?

Eh-eh, macam tak sedarkah ini berlaku selama
ini?


Jadi perlukah kita terkejut jika ada daging babi
bercampur dengan daging ayam di stor simpanan
daging sebelum di jual ke pusat membeli belah
lalu ditag dengan tanda HALAL? Perlukah kita
terperanjat di kedai 24 jam air soya di rak bawah,
beer atau arak di rak atas? Sedangkan di kaunter
bank kita di sebelah ialah kaunter muamalah di
sebelah ialah kaunter kewangan cara sekular.
Kitakan rayakan Krismas dan hari raya sama-
sama. Apa salahnya. Baguslah orang Malaysia
terbuka.


Pokoknya halal dan haram bersatu.


Di Malaysia kita buat begitu! Kita bangga, kita
kata ini Islam cara kita. Eh-eh Islam cara kita yang
betul ke atau Islam cara yang disimpulkan di
dalam al-Quran dan ditunjukkan oleh Nabi yang
betul? Mana satu yang betul? Eh-eh kita keliru ke?
Takkan kita keliru? Ini telah diamalkan sekian
lama. Dia orang Turki, dia yang tak tahu, dia yang
lagi keliru.


Eh-eh anehnya kita di dalam dunia yang kita tidak
tahu mana satu makruf mana satu mungkar dan
noda. Kerana itulah saya pernah terperanjat besar
bila seorang gadis bersolat dan berpuasa tapi
duduk bersekedudukan dengan teman lelakinya
berbangsa Iran. Bolehkah ini berlaku, eh-eh inikan
Malaysia. Nak hairan apa!
Mashaallah seteruk itukah kita tidak nampak
mana yang hak dan mana yang batil. Patutlah!
Allah sudah tutup pintu hidayahkah untuk remaja
kita? Atau Allah sudah gelapkan hati kita sebegitu
busukkah hingga sudah tidak kenal lagi mana
yang betul mana yang salah dan bila ia bercampur
baur kita sangka itu lebih baik dan cool?


Bukankah di dalam sembahyang kita minta jalan
lurus sahaja Ya Allah yang Kau tunjukkan pada
kita. Jangan jalan lain. Jalan campur aduk pun tak
mahu.
Di mana duduknya kita? Teman-teman selalu
bertanya, kenapa saya begitu tergiur dengan Turki
(negara orang) dan duduk di sana lama-lama.
Jawapan saya, saya nampak mana yang betul
mana yang salah. Hitam putih jelas terang. Dan
saya tak perlu risau iman saya berkarat dimasuki
unsur nifaq. Yang saya selalu minta dalam doa
lepas sembahyang, Tuhan jangan jadikan saya
orang munafik. Saya takut!
Itu yang membuatkan saya memandang lebih
tinggi negara orang.
Macam bagus sahaja Faisal sekarang.

Eh-eh nak jadi baik pun dipandang serong?

Saya sedih hati dan terlalu berduka dengan
keadaan di Malaysia, keadaan yang menimpa
remaja-remaja kita. Mana tidaknya kekeliruan
adalah kebenaran. Masalah kita di Malaysia bukan
masalah ilmu.


Kita kreatif, bangsa Malaysia lebih kreatif dari
bangsa-bangsa lain, saya sahkan ini setelah
banyak mengembara. Mana ada masyarakat yang
boleh menjadikan nasi putih kepada ratus macam
nasi lain. Roti canai boleh diintikan nenas apatah
lagi pisang. Itu baru perkara mudah-mudah kita
sudah kreatif. Bakat kita sudah diterima dan
diiktiraf.


Justeru apa masalah lagi, kita bagus dan lebih
pandai apa? Kata Abdullah, sebelum ini jika dia
lihat cawan dengan tulisan dibuntutnya Made In
Malaysia dia akan beli berbanding cawan dengan
tertera tulisan Made In Taiwan kerana Malaysia
negara Islam, sekarang dia rasa sangsi.


Dia naik keliru. Islam apa begini? Kita Islam
dengan hadharah, kita berilmu.
Tentu, berilmu dan bijak serta berpengetahuan
seperti masyarakat Malaysia mesti datang seiiring
dengan adab dan akhlak. Masalah kita ialah
masalah akhlak. Kalau tidak masakan tidak saya
akan menganga mendengar cerita ada gadis
remaja Melayu menggesel bahagian tubuhnya
kepada teman saya di dalam LRT.


Come on Faisal, apa salahnya, budak perempuan
itu mengaji khatam al-Quran apa! Dia tahu tajwid
lebih dari engkau.


Jadi sayalah yang berdosa? Eh-eh kelirunya!


0 Responses to “yang aneh-aneh”

Leave a Reply

      Convert to boldConvert to italicConvert to link

 



Web blog

Previous posts

Photos@Blog

Links


ATOM 0.3

Powered by Blogger

make money online blogger templates



rakugaki place ~  (*^ー^)b is powered by Blogspot and Gecko & Fly.
No part of the content or the blog may be reproduced without prior written permission.
Learn all about Blogging for Money at Gecko&Fly