baru tadi azan subuh..dah takleh makan. sahur makan nasi lauk kurma berbuka smlm. Saja buat byk sket sbb nak abihkan ayam yang dah potong tu. Lepas solat subuh ingat nak tido..tapi tetiba rasa nak menaip kejap...sambil2 tgk bola kat TV3 streaming. Ada live nih..AC Milan vs Barcelona. Gambar xde la sharp sgt..tapi dapat la tgk sket2..replay dia sharp sket. Maaa..tv jepun nih takde live kecuali ada involve japanese player ataupun david beckham. Sbb ape david beckham? sbb dia byk masuk advertisement barang jepun kat tv jepun nih. Team lain..xde tunjuk..jgn harap la nak tgk bola kalau takde skapa a.k.a cable tv.
dah 7 Ramadhan dah. Makin lama aku rasa bosan..especially bulan puasa. Not only takda makanan2 best..takde bazaar, takde my mom's cookings..pastu tak rasa meriah puasa tu. Solat Tarawih sorang2. Solat Jumaat takde kat sini..masjid pun takde kat Nagano nih. Mungkin ada orang tak kisah benda2 camni..Ada setengah kawan2 sebaya aku yg study oversea gak anggap xpayah la nak ikut macam Malaysia..terawih tak mau..5 waktu pun tak mau. Sbb ape..sbb parents takde. So takde orang yg akan suruh. Aku takut la jadi macam tu. So sbb tu aku berhati2..tak mau tinggal benda penting nih. Parents aku pun selalu pesan kat aku..in fact setiap kali aku call..mesti cakap..walau ape skali pun..takmo pegi kelas ke..ape ke..baito ke..5 waktu tu jgn la tinggal. Kelmarin aku dengar ceramah kat Yahoo Messenger. Ada sempai2 yang pakat buat conference kat YM and buat ceramah. Ramai jugak yg join..budak UK, US, dak jepun ramai aa. Sempai tu pun cakap...tambah2 bulan puasa nih...kalau tak solat takde makna berpuasa. Whatever pun, its masing2 punya problem. aku sendiri pun perlu betulkan diri aku sendiri. ( bab2 nih orang lemau sket..so baik aku stop )
By the way, hari nih taufan datang lagi. Macam Tora plak. Yg ke-23 tahun nih. Kali nih kuat betul. Bila aku tengok berita hari nih..pergh malapetaka betul. Kesian tgk area2 bawah tu..banjir abih satu tingkat..kete tenggelam..macam tak percaya tgk dalam bandar tu air takat atap kete. Sungai melimpah2.. Ya Rabbi, tgk lori terbalik sbb angin lintang ribut tu..pastu pokok tumbang atas 9 kete. Macam2..tapi alhamdulillah, setakat nih kat Nagano nih takda seteruk itu. Banjir2 pun tak seteruk tu. Mungkin sbb Nagano nih byk gunung..ada hikmah nye tu. Tapi aku still bleh dengar angin kuat kat tingkap skarang nih. Sisa2 taufan nih ada lagi kut.
Aaah..olleh dah komplen byk babs sini. Aku tak makan Ben, Bare sume sbb tu takmo cerita pasal derang. Bukan ape nak ingatkan kawan2. Makan benda tak boleh nih la kasi kita lemau. Makan benda haram buat apa pun tak berkat. Sebab nanti jadi darah daging. Aku pun termakan..tapi bila dah tahu xboleh la makan. Arghh still tak puas hati ngan orang jepun..dalam makan tu logik aa..dalam KOPI pun nak taruk bende tu gak ke..aaaaa jepun yg jahil.
Enough for today. Byk mengarut plak subuh2 hari nih. At this time.. AC MILAN tgh leading 1-0. Shevchenko score gol tanduk..ishh aku nak tgk Barca menang..gambare Ronaldinho! Later Dudes!
0 Responses to “di subuh hari”
Leave a Reply