kawan-kawan sekalian...
lusa insyaAllah kita masuk bulan ramadhan..and otomatiknya berpuasa la selama sebulan...dah ready ke blom...jgn lupe dah aa...kang ada plak yg bangun buat muka sememeh gi dapur buat roti, milo sume..pastu minum cam selamba dek je..pastu terlupa dah posa..hehehe..
bulan ramadhan bulan baik..bykkan beramal..nak tau kelebihan ramadhan..( walaupun dah tau tapi lebih baik kita mengingatkan sesama sendiri..takut2 terlupa )
1. Mereka yang berpuasa di bulan Ramadhan akan diampuni dosa-dosanya yang lalu. Sabda Nabi SAW: "Barangsiapa berpuasa Ramadhan kerana iman dan mengharap pahala dari Allah, nescaya diampuni dosa-dosanya yang telah lalu." (Hadith Muttafaqun 'Alaih).
2. Pada bulan Ramadhan diturunkan Al-Quran sebagai petunjuk bagi umat manusia dan berisi keterangan-keterangan tentang pembeza antara yang haq dan yang batil
Pada bulan ini disunatkan solat tarawih, yakni solat malam pada bulan Ramadhan, untuk mengikuti jejak Nabi SAW, para sahabat ra. Sabda Nabi SAW: "Barangsiapa mendirikan solat malam Ramadhan karena iman dan mengharap pahala (dari Allah) nescaya diampuni dosa-dosanya yang telah lalu." (Hadith Muttafaqun 'Alaih).
3. Pada bulan ini terdapat Lailatul Qadar, iaitu malam yang lebih baik daripada seribu bulan. Malam di mana pintu-pintu langit dibukakan, do'a dikabulkan, dan segala takdir yang terjadi pada tahun itu ditentukan.
4. Pada bulan ini pintu-pintu Syurga dibuka, pintu-pintu Neraka ditutup dan para Syaitan diikat.
5. Pada bulan ini terjadinya dua peristiwa besar iaitu Perang Badar Al-Kubra dan Pembukaan Kota Mekah Al-Mukarramah yang menyaksikan kemenangan Islam dan kekalahan kebatilan serta jahiliyyah.
6. Pada bulan ini diampunkan dosa orang-orang Islam selagi mana dosa besar tidak dilakukan. "Solat lima waktu, solat Jumaat ke solat Jumaat lainnya, dan Ramadhan ke Ramadhan berikutnya menghapuskan dosa-dosa yang dilakukan di antaranya jika dosa-dosa besar ditinggalkan." (HR.Muslim).
Harap maklum kawan2..marilah sama2 mengimarahkan bulan ramadhan (cam ucapan time sekolah menengah dulu..hehe). Ingat2kan aku kalau aku terlupa sembahyang...
Yey..best nyer posa..sbb bila bukak posa je..ntah camne bleh masak sedap..but I really missed my mum's cookings..aaaaa nak balik...nak apam balik!!!
Chiow bebss..nanti gua sambung lagi..
0 Responses to “lusa posa”
Leave a Reply