lama aku cari..baru jumpa
Published Friday, May 12, 2006 by mfo | E-mail this post
Doa Yang Tidak Diangkat Tangan
1.Doa dalam kutbah Jumaat, melainkan doa istisqa'. Sekalipun khatib mendoakan untuk orang mukminin dan mukminat atau berdoa meminta pertolongan dari ALLAH untuk para mujahidin di dalam khutbah Jumaat adalah dengan tidak mengangkat tangan, berdasarkan hadith sahih Muslim dari hadith Umarah yang menegur Bisyr bin Marwan.
2.Doa di dalam solat seperti doa iftitah, doa antara dua sujud, doa selepas membaca tasyahhud akhir dan seumpamanya
dalinya:
عن ابن عباس قال المسألة أن ترفع يديك حذو منكبيك أو نحوهما والاستغفار أن تشير بأصبع واحدة والابتهال أن تمد يديك جميعا
terjemahnya:
"(Do'a) permintaan adalah dengan angkat kedua tangan setinggi ke dua bahu atau setara dengan bahu sedang do'a istighfar adalah dgn mengangkat satu jari, adapun doa ibtihal (pengaduan) ialah dgn tadah tangan." [Abu Daud # 1274, Kitab adDu'a, disahihkan oleh al-Albani, asSahihah # 595, Ibn Hajar, alFath 2/517]
Jadi do'a ada tiga jenis:
1. Doa mas'alah atau doa permintaan ialah angkat tangan paras bahu. ini doa biasa atau lazim.
2. Doa istighfar dpt khutbah Juma'at, cuma angkat stu jari (telunjuk) tanda ikhlas, sewaktu tasyahud.
3. do'a ibtihal (do'a pengaduan atau kecemasan) spt doa minta hujan, di angkat setinggi-tinggi hingga nampak ketiak.
Dalil ni cukup utk jawab semua isu angkat tangan.
0 Responses to “lama aku cari..baru jumpa”
Leave a Reply